AKHIRNYA TOYOTA RUSH (DBR 389) TIBA DI RUMAH

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, May 25, 2010

Alhamdulillah, setelah selesai semua urusan berkaitan kereta, akhirnya tiba juga masanya Mek & Ayah menggunakan kereta Idamannya iaitu Toyota Rush. Kegembiraan Mek n Ayah terpancar setelah melihat kereta yang akan dibawa balik telah siap sedia untuk dipandu... Sedikit Coretan yg akan menjadi kenangan Mek n Ayah semasa pergi ambil Kereta.

Mek, Ayah, dan Kak Yati datang bersama Abg Saipu, dan Jo Fatehah Pula Sebagai tuan rumah janji kat Kedai Kereta tersebut terus kerana kebetulan Abg Saipu balik boleh bawa Mek n Ayah ke Kota Bharu. Sambil tunggu kereta di basuh, Mek ajak makan di Kedai Nasi Ulam yang Mek n Ayah minat.. Jadi belum ambil kereta, perut mesti kenyang dulu..

ni la suasana makan tengah hari sebelum kereta di ambil

ni pulak Kak yati tengah khusyuk makan ikan dan sebelahnya pulak Pak Lang yang  tengah terkejut...:-) jangan maroh ye..hehehe

beginila keadaannya, sampai licin semua pinggang.. Sedap.. Bak kata Ayah lepas makan, Kalu kedai ni dekat dengan rumah, hari-hari Ayah n Mek akan mari menjamu selera..:-)
Lepas menjamu dengan seleranya, Mek n Ayah pun terus ke Kedai Kereta semula. Tiba di depan kedai tersebut, kereta Mek dan Bersiap sedia untuk di ambil dan diletakkan di bahagian hadapan ruang menunggu tuannya.

Kereta Mek yang berwarna hitam dan sebelah pulak kereta sape ntah tak ambil lagi. Rush Jugak.

Perbincangan dan tandatangan surat penyerahan kereta yang diwakili oleh Jo. beberapa maklumat dan perbincangan dibuat untuk mendapatkan maklumat terperinci. sambil diperhatikan oleh Ayah n Mek.

Ini pula Bukan Model n jauh sekali Tuannya, tapi nila dia anak Mek yang sempat bergaya depan kereta Mek.

Yang ni mungkin betul la Model..hehe. siap dua-dua serentak nak ambil gambar dengan kereta..

Disebabkan Mek n Ayah masih tak biasa lagi nak bawa Rush ni tambah2 kereta kawasan tu pun sibuk Jadi Mek minta la Jo bawa dulu wat balik.. Dengan senang hati, Jo jugak yang kena driver wat balik kampung tapi masa singgah di Ipoh Mek pula cuba untuk memandunya sendiri.
Kat bawah ni, gambar-gambar masa dah kat kampung..

DBR 398 adalah nombor pilihan yang merupakan nombor yang sama (389) dengan No Plat Van yang banyak meninggalkan kenangan keluarga kita yang dahulu.

Ni plak pandangan belakang

Ni pulak pandangan  belah sini

 Akhirnya pali bergaya sekali pandangan belah sini..hehe

Mek n Ayah dah bercadang untuk menambah beberapa kompenon terdekat ni untuk menjadikan lebih cantik dan Keselamatan lebih baik. Setakat tu sahaja laporan berkaitan kereta..:-)

Disediakan Oleh :
Faizul & Fatehah

8 Responses to AKHIRNYA TOYOTA RUSH (DBR 389) TIBA DI RUMAH

  1. Anonymous Says:
  2. nice nombor :) 389...

    #Balik kg nanti leh la a.kas & k'iza cuci mata tengok rush mek ayah tu dekat-dekat. (Tengok je)..

    #Kedai tempat makan tu kat mana? Nak gak p rasa..

    From: kas & iza

     
  3. Anonymous Says:
  4. Kedai yang g makan tu dkt bandar KB. kawasan Karangkraf y tmpat plancong mari tu. tempat ni klu mai jam 1 lebih mmg berebut meja n lauk. sbb terlalu rmai yang mai. boleh nk rasa gak..hehe

    Jo&Fatehah

     
  5. mak dia makan, sampai terngaga irfan tu. haha. Kedai makan disini mrupakan tempat kedai makan yg paling sibuk di kelantan yg san pernah g. Sampai berebut tempat nak duduk. Nampak je kita menjilat jari jemari, dah ada org dtng disebelah. "bang dah siap dah?" Br sedar rupanya diperhatikan.. Datang KB, try makan kat sini. Waktu zohor tu, beratur tunggu lauk masak lah.. Berebut2. Kalau san gi, bagi Jo je ambik lauk. Kerana dia tinggi sikit. Mudah nak capai lauk dr jarak dibelakang org. hehe. boleh try.

     
  6. Anonymous Says:
  7. Makan kat situ memang best, makan free lagi best. Terima kasih kat ayah kerana belanja kami makan.

    Tanya org lain jgk yang pakai keta toyota tu...Apa masalah kalau guna RON95. Ikut kawan abg saipu pick-up kurang la.

     
  8. Anonymous Says:
  9. blik ari tu xdan nk test drive...
    cuti skolah nti bru bleh test...
    psl myk tu...
    rata2 pomen yg pro nye mengatakan RON95 berkualiti rendah & mengurangkn pickup kete...
    bak kata org2 yg x brapa tua...
    kete tua semakin semput...
    yg bru tersemput2...
    klu ikut pengalaman...
    parok minyok... enjin tok pikak... tubik asap ite kt ekzoss...
    tp, ron97maha pulok...
    terpulanglh pd msing2q....

    shamsueri

     
  10. Anonymous Says:
  11. Salam,

    Rata2 kwn abg Saipu ckp pakai RON95 minyak cepat habis. La ni Abg Saipu belum buat ujian lagi.
    Nanti nak isi dgn RON97 pas tu bagi komen. Kalau ada yang try cuba kongsi info ya...

     
  12. Anonymous Says:
  13. memang tak syak lagi...
    dah buat banyak ujian sendiri ke atas RON95 ngn RON97...
    sah RON95 memberi kesan lansung :
    - Enjin jadi x pick-up
    - Lemah naik bukit
    - Sering bersedu2..
    - Cepat abis...
    Semua ni berdasarkan pengalaman menggunakan kancil 850cc & Wira 1.6AT... setiap minggu berjalan ke Melaka/kl dan perjalanan ke tempat keje harian 50-100km/day...

    shamsueri

     
  14. olan Says:
  15. wahh...bestnya...kenapa x ambik exora jeee.. pon besor gakkk...tapi lagi cun rush...saya pon selalu berangan nak boli rush duit jee yang tak cukup...tahniah laaa yeerrr

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN