REUNION ALUMNI GRADUAN ISLAM (AGI) DI PANGKOR

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, May 20, 2010
Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah kerana masih mengizinkan saya (shamsuri) berkongsi cerita & aktiviti semasa untuk dikongsi bersama ahli keluarga dan tetamu laman keluarga bahagia www.ibnuhussin.com

Untuk makluman sermua, AGI merukan Alumni yang ditubuhkan oleh Ahli Jemaah Lepasan UiTM dalam usaha mengumpulkan pejuang2 muslimin & muslimat yang telah tamat pengajian di UiTM dan masih meneruskan kerja2 jemaah terutamanya dalam usaha menegakkan Syiar Islam di Malaysia.
Oleh kerana Kak Sue (Suhana – my wife) merupakan salah seorang Siswazah lepasan UiTM Segamat (Diploma) & UiTM Shah Alam (Ijazah), maka dengan tak disengajakan saya terlibat sama.
Program Rehlah AGI ini berjalan selama 2 Hari 1 Malam bertempat di Pangkor, Perak. Kos bagi seorang dewasa RM100. Kanak2 percuma...makanan disediakan (melalui pakej)

Maka bermulalah perjalanan saya untuk ke sana...
Pada 6 Mei 2009 (Khamis), saya bertolak dari Chenor, Pahang ke Melaka untuk mengambil isteri tersayang yang berkursus di IPGM Melaka. Oleh kerana dah sampai malam, saya mengambil keputusan untuk bermalam di Melaka. 7 Mei 2010 (Jumaat), jam 3.00ptg saya bersama keluarga telah bertolak ke Puncak Alam (rumah Kak Ni/Abg. Esa) dan bermalam di sana.

8 Mei 2010 (Sabtu), jam 8.00pg, kami bertolak ke Jeti Lumut, Perak iaitu tempat berkumpul semua peserta. Jangkaan untuk tiba di Jeti jam 12.00tgh. Dalam perjalanan kami singgah sarapan di Sekincan, Selangor.
 Alhamdulillah, kami sampai di Masjid berhampiran Jeti Lumut jam 11.45pg. Sementara menunggu ketibaan pimpinan dan peserta lain, kami berehat di kawasan masjid.

12.00tgh, beberapa peserta rombongan tiba. Bagi memenuhi masa terluang, kami possing di beberapa tempat yang dianggap sesuai.
 Sebelum bertolak, pakej yang kami ikut telah menyediakan makan tengahari di gerai berhampiran jeti. Unlimited, nak makan banyak manapun boleh.
 Alhamdulillah, sekarang kami berada di atas feri menuju ke Pulau Pangkor. Seperti biasa, dua hero (Harith & Fahmy) tak boleh dok diam, nasib baik satu line dok satu keluarga. Tak mengganggu orang lain.
 Gaya tersendiri sementara menunggu giliran untuk keluar ke Jeti pangkor. Perjalanan menaiki feri hanya mengambil masa +-15minit. Sekejap jek berbanding naik Feri ke Pulau Langkawi iaitu 45minit. Apapun, Alhamdulillah semua selamat.
 Sedikit sedutan gambar semasa berada di dalam feri ketika berlabuh di jeti Pulau Pangkor.
Hai semua, kami dah jejak kaki ke Pulau pangkor untuk kali pertama. Moga rehlah kami ini diberkati Allah.

Dalam jemaah ini pelbagai ujian yang perlu ditempuhi. Malah kesederhanaan dalam semua hal adalah cara hidup yang perlu dilalui demi mengelak daripada fitnah2 duniawi yang sering dilemparkan oleh kaum munafik dan jahiliyyah.

Inilah bas special yang akan membawa kami ke Tempat penginapan. Kali pertama naik bas mini yang bawa laju. Kecut perut, malah muslimin kebanyakkannya berdiri untuk memberi peluang kepada muslimah dan kanak2 duduk. Alhamdulillah, kami sampai di resort lebih kurang 10 minit.

Alhamdulillah, +-4.00ptg kami sampai di tempat penginapan iaitu Resort ... yang dimiliki sepenuhnya oleh Ahli Jemaah yang masih muda berumur awal 30an. Kami berkumpul di dewan makan untuk persiapan chek-in. Satu keluarga 1 bilik. Selesa dan puas hati. Makananpun disediakan.

Fuhsss.... Selepas penat naik bot/feri dan berjalan2 tadi, maka tibalah masanya untuk minum milo. Kami sekeluarga berehat sementara menunggu untuk aktiviti bebas iaitu berjalan2 di sekita resort.

Inilah sedikit gambaran bilik yang disediakan. Harga RM 90/nett. Standart Room, AirCond, TV, Bilik Air dll yang patut. 

Kul 5.30ptg, kami sekeluarga bersiar2 di sepanjang pantai berhampiran resort. Pekena ABC special disusuli xtvt cuci mata... (ikan kering xde... tengok laut jek...)
ABC Pangkor...
Bestnye... Alhamdulillah...

Xtvt seterusnya ialah majlis Ilmu & perasmian Rehlah AGI yang berlansung di Dewan Resort dan dirasmikan oleh Pengarah MTD Pulau Pangkor Ustaz Syed. Beliau juga menyampaikan amanat berkenaan dengan istiqamah dalam perjuangan walaupun telah berada di alam rumah tangga dan berkeluarga. InsyaAllah, dalam apa jua keadaan, kami akan teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat.
Sambil dengar ceramah, minum dulu...
Kami berehat jam 9.30mlm untuk majlis makan malam & BBQ yang disediakan oleh pihak Resort. Alhamdulillah, banyak sangat makanan yang disediakan sehinggakan  tak terdaya memakannya.
Ust Syed sedang menyampaikan ceramahnya serta merasmikan Program Rehlah AGI D’Pangkor 2010.
 Suasana dalam dewan...

9 Mei 2010 (Ahad), kami menjamu selera sarapan pagi yang disediakan oleh Resot iaitu bihun goreng dan beberapa jenis kuih muih.

Semoga Allah berkati rezeki yang diberikan kepada kami sekeluarga...

Antara aktiviti yang diaturkan oleh pimpinan AGI ialah sukan rakyat. Sebagai komitmen kepada jemaah, kami sertai semua yang dianjurkan.

Oppss... sesi ta’ruf daripada semua perserta sebelum sukan rakyat bermula. Saya merupakan peserta tunggal yang tidak graduat dari UiTM. Yang lain2 semuanya kahwin sesama student UiTM.

Lepas je main sukan, kami lakukan aktiviti bebas. Tiba masanya untuk mandi manda...
Fahmy memang seoronok bila mandi pantai. Lain pula dengan harith, takut air. Main pasir jek...
Jom mandi...

Selepas penat mandi di pantai, kami pulang ke bilik masing2 untuk ke majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi pemenang sukan rakyat. Alhamdulillah, program ni meriah dan seronok.
 
Harith pun dapat hadih, sebab main pasir... katanya lah...

Selapas masjlis penutup, kami dibawa pusing2 Pulau Pangkor. Antara tempat yang kami singgah ialah Kota Belanda yang terletak kira 1km dr jeti.

Lost control... bila dapat kluar daripada bas sardin tu... budak2 ni mula aktifkan diri masing2...

Yah... mana dia pengkhianat agama... kami akan musnahkannya... fire....

Kami kat jeti untuk MENUNGGU feri bali ke Lumut... Tanah Besar... Alhamdulillah, perjalanan yang penuh dengan kenikmatan daripada Allah...

Dalam perjalanan balik, kami singgah solat di Masjid Sungai Besar, Selangor. Masjid ini mempunyai sejarah yang tersendiri apabila AJK dan ahli kariah menemui seekor khinzir berlegar2 di perkarangan masjid. Pelbagai andaian timbul, adakan angkara durjana atau kebetulan...? masjid ini terletak di tengah perumahan yang berada bersebelahan bandar...
 Sekilas pandang...

Kami akan bertolak terus ke Melaka kerana keesokan harinya, isteri kesayanganku ada kuliah. Kami sampai di Melaka jam 12mlm. Berehat seketika di rumah sewa isteriku, jam 2.00pg bertolak ke Chenor Pahang. Alhamdulillah jam 6.00pg sampai. Kul 6.30pg, saya menuju ke Kantin Sekolah untuk bekerja.
Alhamdulillah, sedikit cerita yang mampu dikongsi bersama ahli keluarga dan tetamu web ibnuhussin. Moga, dalam apa jua keadaan, kita perlu bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita menikmati keindahan alam ciptaan-Nya yang kekadang ia tidak dirasai oleh segolongan tertentu.

Nukilan...
IbnuHussin5
MOHD SHAMSURI & SUHANA
(ABDULLAH HARITH, ABDULLAH FAHMY, ABDULLAH NAUFAL)

2 Responses to REUNION ALUMNI GRADUAN ISLAM (AGI) DI PANGKOR

  1. Bila kita nak buat hari keluarga kat pulau...?

    Shamsueri@pahang

     
  2. Duniaku Says:
  3. Wow jauh abe syam sekeluarga berjalan..macam-macam kenangan dapat dilakar.....

    Bestnya dapat p pangkor...kami jugak tak tau bila leh p.

    dari:
    Kas & iza.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN