TABUNG DANA IBNUHUSSIN...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, May 29, 2010
Alhamdulillah, akhirnya Keluarga kita telah memiliki akaun khas untuk menampung beberapa perancangan dan aktiviti yang dirancang. Akaun tersebut telah didaftarkan atas nama Joe yang memangku jawatan Bendahari sementara berlaku perlantikan Jawatankuasa IbnuHussin yang mungkin akan berlaku dalam masa terdekat ini.
 Untuk perhatian ahli keluarga, Tabung ini akan menampung sebahagian bayaran balik bulanan kereta baru Mek&ayah iaitu Toyota Rush DBR389 yang dianggarkan RM472/972 sebulan.

Selain daripada tabung untuk menampung bayaran kereta DBR389, tabung tersebut akan menjadi  tabung pengumpulan dana untuk semua aktiviti keluarga seperti Sambutan hari keluarga tahunan, Jamuan keluarga, rehlah keluarga, kenduri yang melibatkan ahli keluarga, kebajikan ahli keluarga dan perkara2 yang difikirkan perlu.

Dalam masa terdekat juga, Tabung Dana Al-Haj akan dilancarkan untuk mengumpulkan dana bagi menanpung perbelanjaan Ayahanda & Bonda untuk mengerjakan Haji pada masa akan datang. Apabila tabung tersebut dilancarkan, ahli keluarga diminta untuk mengInfak sekurang2nya RM 10/bulan. Tabung tersebut akan menggunakan Akaun tabung Haji Khas yang akan didaftarkan atas nama Mek & Ayah.

Selaku jurucakap yang tak bertauliah kepada keluarga ibnuhussin ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua ahli keluarga dan penyumbang kerana telah berkorban sedikit harta daripada yang kita ada untuk manfaat dan masa depan Mek & Ayah. Apalah nilainya sumbangan kita jika nak dibandingkan dengan pengorbanan dan sumbangan Mek & Ayah kepada kita sejak berada di dalam kandungan sehingga sekarang. 

InsyaAllah, jika tabung IbnuHussin banyak, pelbagai aktiviti kita boleh rancang, malah mungkin aktiviti kecil2 tak perlu mengeluarkan duit di dalam poket. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan mesyuarat untuk membentuk Ahli lembaga Pengaran & Organisasi Pengurusan agar ia  lebih bersistematik dan memberi banyak manfaat kepada ahli keluarga.

Selamat MengInfak untuk kebahagian keluarga IbnuHussin...

Ikhlas:

8 Responses to TABUNG DANA IBNUHUSSIN...

  1. Anonymous Says:
  2. Salam, sema....

    Wah bnyknyer duit hang Pa... Boleh dak guna duit tu utk byr loan keta tu?

    Utk tbung haji tu, guna jer akaun tabung haji mek & ayh yg dah ada tu. Bank-in selang seli, bln ni bank in utk ayah dan bln depan utk mek pula.
    Ataupun 5 anak bank-in utk ayah dan 5 lagi bank in utk mek. Pah tu bln depan tukar giliran ler...
    Itu cadangan dari kami di Penang la...
    Pe pun kami ikut jer mana yang terbaik.

    Siifu

     
  3. Anonymous Says:
  4. salam,

    ada betul gak cadangan tu tapi satu je kekurangan dia, kalu kita tak asingkan duit yg kita kumpul dengan duit sedia ada takut terguna masa mek kuarkan duit dlm tabung haji masa perlu. jadi kalau akaun tu asing-asing mungkin tidak terguna dan kita boleh kumpul berterusan..

    Jo&Fatehah

     
  5. Anonymous Says:
  6. akaun Tabung haji yang ada skrang kita tak boleh control... sebab mek dah biasa keluar masuk tanpa gangguan... betul kata joe... kalu asyik kluar masuk, bila nak cukup...
    Kita cuba buka akaun asing agar perancangan kita berjalan lancar...
    joe... ada pertambahan tak dalam akaun....?
    bulan ni kita nak kene dapatkan RM472...
    Cek yg sam keluarkan tu bergantung kepada baki yg ada dlm akaun dia RM5k...
    so,, kita nk kene top-up agar sam dpt ambil/guna duit dia tu...

    shamsueri

     
  7. Anonymous Says:
  8. bahaya betul cakap pasal duit banyak2 ni kat online... banyak toyol & hantu2 yg berkeliaran sedang menunggu peluang... berhati2...

     
  9. InsyaAllah... tiada urusniaga tunai dalam blog ni... sekadar bermain angka sahaja...
    InsyaAllah, pakar2 ICT dalam ibnuhussin akan buat pemantauan critical terhadap pelayar agar kita dapat kesan setiap IP yang melayari laman blog ibnuhussin...
    Sebaik2 pelindung adalah Allah...

    shamsueri

     
  10. Anonymous Says:
  11. MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA...
    Mohon kerjasama & komitmen daripada semua ahli keluarga agar menyumbang sekurang2nya RM50 sebulan ke akaun TABUNG KHAS IBNUHUSSIN (seperti di atas) bagi menjayakan perancangan yang dibuat. (sebelum 10hb bg bln jun2010 & sebelum 20hb jul & seterusnya)

    Bg sesiapa yg telah bank-in duit tersebut, tolong sms makluman kepada faizul(bendahari) untuk catatan.

    Bg peringatan semua, msg drp smspro@ibnuhussin akan dihantar 2x sebulan. ia sekadar peringatan sahaja.

    Kerjasama daripada semua didahului dengan...
    Jazakallah Hukhairan Kasira...

    Moga Allah berkati dan limpahi rezeki kita semua...

    Shamsueri@ibnuhussin5

     
  12. Anonymous Says:
  13. arahan diterima :)
    tapi kas terlupa nak sms jo hari tu :)

    kas & za

     
  14. Anonymous Says:
  15. takpe...
    msg dlm masa terdekat...
    untu rekod je...
    klu kita dpt disiplinkn diri kita...
    InsyaALllah manfaatnya kita semua juga akan rasa...
    Moga Allah murahkan rezeki keluarga kita...

    shamsueri@melaka

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN