TOYOTA RUSH Pilihan Ayahanda & Bonda...

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, May 4, 2010
Assalamualaikum semua...
Untuk makluman ahli keluarga semua, Ayah&Mek telah membuat keputusan untuk memiliki Toyota Rush 1.5S (AT). Maklumat ni saya terima daripada Putera Joe yang bersama hafsan membawa Mek&Ayah membuat pilihan pada 1 Mei 2010 lepas. Walau bagaimanapun, jika Joe&Hafsan mendapati ada pindaan, sila maklumkan kat sini sebagai sumber maklumat kepada ahli keluarga yang tiada di kg.

Rush merupakan SUV 4X4 dan juga MPV yang menyediakan 7 tempat duduk...
Ciri yang paling utama digariskan oleh Ayah&Mek ialah -  Tayar berada di pintu belakang... dan 4X4...

Mengikut maklumat yang diperolehi, Ayah & Mek ingin membayar Downpayment RM20k, manakala bayaran bulanan lingkungan RM9++.++.

Bagi meringankan bebanan Ayah&Mek, anak2 Hussin perlulah berusaha untuk menyalurkan "Infak Wajib Tetap Bulanan" sebanyak RM50.00 sebulan dengan cara memasukkan duit tersebut terus ke dalam akaun Tabung haji mek yang akan disenaraikan nanti.

Untuk makluman semua, adik beradik kak Sue (suhana - my darling) jangan marah.... telah mewajibkan setiap orang menginfak RM 100 sebulan untuk menampung bayaran bulanan kereta MyVi putih yang digunakan oleh Ayah Kak Sue. Oleh itu, kalau kita menginfak RM50, nilai tersebut masih rendah dan InsyaAllah tidak membebankan diri kita sekeluarga. Doa dan harapan saya agar Ayah&Mek, dan keluarga kita dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada bala bencana serta mendapat ketenangan di dunia dan akhirat.

Ikhlas... Ibnuhussin5 - Shamsueri Sekeluarga

* Sila beri pandangan anda di ruangan komen...

5 Responses to TOYOTA RUSH Pilihan Ayahanda & Bonda...

  1. Duniaku Says:
  2. Pasal sumbangan infak wajib tu..kas sokong :)
    Then pasal rush ni..its better than nautika. :) so far tak de masalah kot... Pasal rush ni leh dapat maklumat dalam website kelab Rush : http://www.rushteriosclub.com/

     
  3. Anonymous Says:
  4. Jo pun sokong untuk infak keluarga tu.. sekrang kita tengah tunggu keputusan dari bank. insyaallah, kalu tak ada masalah, minggu ni atau minggu depan dah boleh ambil kereta sbb masa jo lalu depan kedai kereta tu, dia dah pindahkan kereta Rush Ayah tu dari tempat letak bilik belakang kedai ke ruang utama dalam kedai toyota tu. Nampak dah siap sedia untuk di keluarkan tu.:-)

    Jo&Fatehah

     
  5. Insan Malang Says:
  6. Salam untuk semua...

    Senang sti aku tengok keluarga korang....happy jer.Sentiasa muafakat.Alangkah baiknya kalau aku ditakdirkan jadi adik beradik korang..!!

    Sebenarnya aku dah lama ikut web ni..tapi aku malas nak ngomen,juz baca dan selak sana-sini jer...tapi ari ni...terdetik ati aku nak turunkan komen kat sini..maaf kalau ader kata-kata yang menyinggung perasaan korang sekeluarga.Anyway aku bangga dengan korang yang menyimpan segala memori bersama keluarga,adik beradik korang disini.Tahniah dan ini patut diteruskan,sekurang-kurang dapat menyedarkan pembaca betapa pentingnya kasih sayang dalam keluarga.

    TAHNIAH DAN IKHLAS DARI
    Insan Malang JB

     
  7. Buat Insan JB.

    Terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog Keluarga Hussin & Halimah.

    InsyaAllah kami di sini mendoakan agar insan JB akan mendapat kebahagian yang di impikan. Percaya dan Yakinlah setiap insan berhak untuk memiliki kejayaan dan kegembiraan. Yang penting kita harus berusaha, berdoa dan bertawakkal.

    dari: Kas & iza

     
  8. Anonymous Says:
  9. Syukran ats sokongan ahli keluarga semua...

    untuk insan JB:
    terima kasih ats perhatian & pandangan anda di sini. kami sekeluarga anda akn memperolihi kebahagiaan yg diimpikn. Cubaan & dugaan itu sebenarnya tanda sayangnnya Allah kepada hambaNya.

    Banyakkn bersabar. Alla bersama kita semua.

    ikhlas: shamsueri sekeluarga - pahang

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN