KEMERIAHAN KONVOKESYEN FAIZAL DAN FAIZUL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Thursday, August 20, 2009
17 ogos (isnin), Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan dalam pengajian selama 3 tahun di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kini Faizal dan Faizul telah mencapai kejayaan setelah tamatnya pangajian ini. majlis yang turut dihadiri oleh Mek, Ayah, Kak Mah & suami serta Azi ini telah menceriakan lagi majlis ini malah ditambah pula tunang faizal dan faizul yang hadir bersama keluarga turut bergelar graduan pada hari itu. faizul yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam Dakwah dan Kepimpinan manakala Faizal pula di peringkat Diploma Pengajian Islam Usuluddin. Siti Fatehah merupakan graduan yang sama bidang Faizul manakala Siti Nur Aisyah pula sama bidangnya dengan Faizal.
Aisyah & Fatehah

TAHNIAH SEKALI LAGI PENERIMA ANUGERAH

TAHNIAH!!! Siti Nor Aisyah telah dinobatkan sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan (Akademik & Ko Kurikulum) di peringkat diploma Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bagi tahun 2009 yang membawa kepada ANUGERAH TIMBALAN MENTERI BESAR, seterusnya merangkul Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan di Jabatan Usuludin tahun 2009. Inilah hadiah yang diterima sebagai Penerima Anugerah serta kuntuman2 bunga yang diterima. Banyak sangat sampai tak larat nak pegang dan pegang separuh je untuk tangkap gambar.hehehe. melihat kepada beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik yang menjadi tempat rujukan kawan-kawan malah dia juga pernah diamanahkan memegang jawatan Pengerusi Helwi Persatuan Mahasiswa KIAS (PMKIAS) sesi 2007/2008 disamping aktif dalam program masyarakat terutamanya melalui Nisa'.

TAHNIAH!!! Mohd Faizul telah di pilih sebagai Graduan Terbaik Keseluruhan (Akademik & Ko Kurikulum) di peringkat Diploma Jabatan Dakwah dan Kepimpinan bagi tahun 2009. Pernah Memegang Jawatan Presiden PMKIAS sesi 2007/2008 dan Pengerusi Kelab Mahasiswa Dakwah 2009 tidak menjadi penghalang untuk mencapai kejayaan ini. lihatlah gambar Faizul yang bergambar bersama Sijil dan hadiah-hadiah yang diterimanya.


Selepas selesainya majlis tersebut, sesi pengambaran pun bermula...

Sempat la jugak tangkap gambar di rumah dan boleh la try baju konvo ni..hehehe


Sebelum pulang, boleh jugak dapat tangkap gambar dengan orang utama KIAS seperti Ketua Eksekutif KIAS (Dr. Johari bin Mat), Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan (Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari), Pegawai Eksekutif Kegiatan Pelajar (Ustaz Ilyas bin Ahmad) dan Presiden PMKIAS 2008/2009 (Syed Mohd Reduan)selepas ini Faizal dan Faizul akan membawa haluan masing-masing. Faizal akan terbang ke Acheh dan Faizul pula akan meneruskan pengajian secara Jarak Jauh UKM keduanya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Wassalam.

Justify Full

1 Response to KEMERIAHAN KONVOKESYEN FAIZAL DAN FAIZUL

  1. Alhamdulillah...
    Tahniah 3x
    Moga Allah merahmati keluarga kita...
    amin...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN