Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 8)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, August 23, 2009
Selamat bersua dalam menjenguk aktiviti kampung yang dah masuk siri ke 8. Walaupun salah seorang dah terbang ke Acheh, tetapi slot ini tetap diteruskan bagi menceritakan aktiviti-aktiviti yang dibuat dan berlaku kat kampung ni kepada adik beradik yang duk diluar negeri Kelantan. Tak kira lah duk di Pahang ke, Kuala Lumpur, P. Pinang, Kedah malah yang duk perlis pun boleh tengok dan sama-sama jenguk aktiviti kat rumah ni. Begitu juga selamat menetap di Johor kepada Hamidah yang baru je berhijarah ke sana mengikut suaminya Wan, kalu ada masa buka lah internet ye yang telah menjadi alat penghubung antara adik beradik yang jauh.
PERGI MANDI DI LATA HUJAN
Kali ni, ada dua topik utama nak diceritakan, yang pertamanya Kak Mah & Suami telah merancang untuk membawa anak-anak sedara ke lata Hujan. Lata hujan ini antara lata yang paling dekat dari kampung. Maka Kak Mah dan tentera-tenteranya pun pergi dengan kereta Kembara yang memakan masa 20 minit je. Sesampainya di sana, anak-anak sedara pun memang pantang jumpa air terus menukar pakaian seragam untuk terjun...
Tapi, Abang Nik (suami Kak Mah) yang menjadi kapten masa tu jugak yang berjaya merasmikannya.. ish3x. anak sedara apa lagi, terjun jela…
Tengah-tengah asyik duk kat mandi lata, abg Nik Nampak Aminudin telah diayun oleh seseorang. Patut lah hilang tadi, rupa-rupanya duk sini rupanya budak ni….hehehe
Siapa budak yang duk ayunkan amin tu, kena Tanya amin sendiri.. kecik-kecik dah pandai ye.. nurun dari pak sedara mana ni..;-) cakap pun telo lagi tu, gembiranya dia.ish3x.hehe
MAKAN PUYUH GORENG DAA..
Ni hal orang yang nak pergi Acheh. Bila tahu puyuh dan tiba masanya untuk dikorbangkan jadi puyuh goreng tak lama lagi, Faizal pun sebut la, teringin nak makan puyuh takut balik lama bila pergi ke Acheh nanti. Jadi Kak Mah, Mek dan Kak Yatie pun merangcang untuk memasak Nasi Lemak Puyuh Goreng untuk sarapan pagi tersebut. Kebetulan juga, keluarga Aisyah (tuning Ja) dari johor tiba malam tersebut boleh la makan ramai-ramai. Lepas kira jumlah orang, seekor puyuh untuk seorang Ja, Jo, Abg Nik dan Abg Kamil pun pergi tangkap Puyuh…
Selepas dibuang bulu, puyuh tersebut dilayur diatas api untuk hilangkan baki bulu kecil yang tertinggal.. lihatlah puyuh-puyuh yang dilayurkan..
20 ekor semuanya telah dijamu dengan Nasi Lemak pada pagi tersebut.. sedaap..hehe. jadi raya ni Ayah duk teringin jugak nak sembelih puyuh tapi jumlah yang lebih banyak. Boleh la kita sekeluarga makan ramai-ramai..hehe
Justify Full
SANA SINI
Ja sempat memberi makanan Ayam sebelum dia berangkat ke Acheh, manakala sebelah kanan plak, anak-anak sedara yang duk belajar mengaji pada setiap malam.
Menjadi kebiasaan, selepas berakhirnya musim durian bekalan tempoyak semestinya menjadi perkara penting untuk bekalan sehingga musim durian akan tiba tahun hadapan.

Disediakan Oleh:
Faizal & Faizul

2 Responses to Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 8)

  1. Bestnya burung puyoh goreng... raya nanti nak rasa jugak la... menu special ni.

     
  2. wah... terliur ni... sembelih abis ke puyuh tu...?
    kalau bleh, raya ni sembelih lagi yep...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN