Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (Siri 10)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, September 14, 2009
Bertemu kembali dalam slot dari kampung ini, saya memohon maaf kepada semua kerana slot ini telah tergendala selama hampir 3 minggu kerana beberapa masalah yang tak dapt dieelakkan terutamanya kesibukan dengan kerja. Al-Maklumla kadang-kadang malam baru ada kat rumah. tempat kerja pulak banyak yang kena buat. biasa la, keseorangan ni. apa pun, slot ini tetap akan disiarkan sekadar yang mampu. dek kerana kesibukan jugak, slot pada kali ini berlainan sedikit, iaitu lebih ringkas dan lebih kepada menyiarkan gambar. Biarlah gambar sahaja yang menceritakan suasana aktiviti kampung untuk dikongsi bersama..hehe

topik utama dalam siri ini ialah berkaitan kolam ikan keli Ayah. Bila sebut tentang kolam ikan keli ni, mesti tertanya-tanya apa perkembangannya. sebenarnya, kolam ikan keli ayah telah mula dijual secara kecil-kecilan di kedai abang kamil. tetapi sambutannya sangat mengalakkan apabila mula-mula dijual, ikan yang di jalan di kolam habis dibeli sehingga memaksa Ayah, Mek, Kak Mah dan Abe Nik menjala ikan tersebut lagi. lihat la aksi-aksi menjalan ikan...


nak dijadikan cerita, pada keesokan harinya, ayah telah merancang untuk mengeringkan satu daripada dua kolam tersebut iaitu kolam yang ikannya sedikit. ikan tersebut akan disatukan dengan kolam satu lagi dan ikan yang telah besar pula akan dijual pada kolam tersebut. Apa pulak perancangan ayah ni sampai nak keringkan kolam ni. kita akan ikuti kisah nya. apapun, usaha mengeringkan dan menangkap ikan di satu kolam ikan keli digerakkan dengan dibantu oleh jiran dan tentera-tentera kecik ayah.. hilang sikit lelah ayah ada tentera ni...

Akhirnya, lihat lah hasil yang diperoleh dengan muka-muka penangkap ikan bersama dengan hasilnya. memang berbaloi.. sedap ni kalu bakar ke, goreng ke, lagi-lagi kalu buat asam pedas.. ikut rasa masing-masing la..:-).
Lepas operasi menangkap ikan dijalankan, maka terjawablah persoalan tadi. kenapa kolam satu ini dikeringkan. Ia tidak lain dan tidak bukan, ialah kerana akan dijadikan kolam mandi oleh cucu cucu ayah (pak sedara pun boleh la nak tumpang..hehehe) yang akan pulang pada hari raya ini. memang semangat la ayah nak menerima kepulangan anak-anak dan cucu-cucunya pada hari raya ini yang akan memecah kesunyian di kampung. oleh itu, bagi memastikan kolam tersebut bersih, sekali lagi jentera turun untuk membantu ayah membasuh kolam tersebut. banyak aksi-aksi yang sempat dirakam...
Dan terus memberus tanpa jemu...hehehe
betigulah aksi-aksi yang sempat dirakam oleh juru kamera. bukan main semangat cucu-cucu kat rumah ni nak sambut geng-geng dari P.pinang, Pahang, Johor dan yang len balik. Tamatlah cerita hal kolam ni..

Sebelum tamat kita pergi jalan Sana Sini lihat apa yang berlaku..

ruang hadapan rumah telah dicat baru antara persiapan awal untuk menyambut dua menantu sekali gus pada hari raya ini..


berbuka puasa beramai-ramai memang antara perkara yang menyeronokkan dalam keluarga kita. apa lagi hidangan ketam cam atas ni..hehehe. jangan sampai tercabut gigi sudahla du gigit kulit ketam tu..:-)

Ni la keadaan cucu-cucu tidur bila tiba waktu pagi. kalu tengok malam gak, tersusun rapi. beli celik pagi nak sahur, cam kena ribut daa...

Memang macam nelayan. Abg Nik yang berjaya menangkap ikan Jelawat dikolam. Boleh dijadikan hidangan untuk berbuka la.. besar jugak tu..
wajah anakk sedara menyambut ramadhan...:-)


Disediakan Oleh:
Faizul

4 Responses to Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (Siri 10)

  1. Wow meriahnya...macam2 ada.. tak sabar2 nak balik..hihi..

     
  2. Wow meriahnya...macam2 ada.. tak sabar2 nak balik..hihi..

     
  3. bestnye... abgpn x sabar nak kelik umoh kelate... macam2 berlaku...

     
  4. Anonymous Says:
  5. Yat yat yea....Nantilah bilo kelik nanti. Kito meriahkan lagi suasana...
    siifu04

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN