Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

PEMBEDAHAN AYAH DITETAPKAN PADA HARI SABTU

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, June 22, 2009

Ayah sempat menjamu selera nasi minyak yang disediakan sebelum melangkah keluar dari wad
22 JUN, hari ini merupakan hari keempat ayah di wad untuk menjalani pembedahan mata setelah semalam pembedahan ditangguhkan. Apapun yang berlaku ayah tetap sabar menanti dan sudah semakin yakin untuk menjalaninya. melihat pada gelagat ayah, ayah semakin selesa dan biasa tinggal di hospital. Pada hari tersebut seperti biasa ayah diberikan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.
Pada jam 10.30 pagi, ayah telah dipanggil untuk memeriksa kesihatan di bilik rawatan yang terletak di wad tersebut. Pada masa itulah ayah dimaklum kan, pembedahan ayah akan dibuat pada hari sabtu kerana pada hari selasa telah penuh untuk memasukkan nama ayah. Oleh itu, ayah dibenarkan balik dahulu dan akan dimasukkan wad kembali pada hari jumaat. walaupun penangguhan ini memanjangkan lagi masa ayah menunggu, tetapi kerinduan ayah dikampung yang dirasai dapat menceriakan ayah untuk pulang ke kampung.
mengikut cerita ayah, semasa dalam pembedahan ayah telah dapat mengetahui keadaan bilik bedah dan ayah sudah yakin dan tidak lagi takut kerana sahabat sebelah katil ayah tidak menampakkan kesakitan selepas melakukan pembedahan. malah nampak ceria dengan kaca mata hitam yang dipakainya. Ayah kini dalam keadaan sihat dan harap supaya semua keluarga sabar dan tenang mananti supaya ayah lebih selesa dan semangat. maklumlah, ayah tak nak menyusahkan yang lain takut nanti bukan ayah gelisah nak malakukan pembedahan tetapi gelisah sebab takut yang anak-anak ayah jadi gelisah kat ayah. jadi, ayah sebenarnya sihat dan tidak perlu risau. Si Kembar akan maklum dari masa ke semasa.. wasalam


Faizul sedang menyimpan barang-barang ayah diwad dan ayah sedang terbaring kerana menunggu surat kebenaran keluar wad yang sedang diproses. ayah nampak sedih nak tinggal wad kerana ada lagi kawan2 lain tak keluar dan mungkin sempat jumpa dengan ayah jumaat nanti. jangan tak nak balik dah la ayaah...hehehe
Dihadapan ayah tu bukanlah artis atau hero hindustan. tetapi ini lah kawan paling rapat ayah sepanjang tinggal diwad. spek mata hitam ini dipakai selepas pembedahan kerana silau pada awal pembedahan. sepatutnya ayah pun sama bergaya seperti kawannya pada hari itu kalau pembedahan tidak ditangguhkan. tak sabar nampaknya ayah ni. tapi kalu ayah pakai macam hero apa ye.. cuba teka..hehehe




0 Responses to PEMBEDAHAN AYAH DITETAPKAN PADA HARI SABTU

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN