Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

RUMAH SEMENTARA AYAH SEBELUM PEMBEDAHAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Friday, June 19, 2009


19 Jun, tanpa ada apa-apa sakit yang ayah alami kini ayah telah disuruh untuk mendiami rumah baru iaitu di wad Melati tingkat lima Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Kemasukan ayah ke Wad merupakan tindakan awal sebelum Ayah menjalani pembedahan mata di hospital berkenaan pada hari Ahad (21 JUN). Hal ini bertujuan, mengawal dan memantau perkembangan tekanan darah ayah yang sebelum ini telah dua kali ditunda pembedahan mata kerana darah ayah yang tidak stabil. tarikh pertama sepatutnya pembedahan dilakukan ialah pada 14 Jun tetapi darah ayah masih tinggi. tarikh ke2 ialah pada17 Jun juga terpaksa ditunda kerana didapati darah ayah semakin naik.




Disebabkan sudah dua kali ayah terpaksa menangguhkan pembedahan, doktor telah mengambil keputusan untuk meletakkan ayah di Wad 2 hari sebelum pembedahan bagi memastikan pihak hospital dapat mengawal dan mamantau perkembangan darah ayah. Alhamdulillah, pemeriksaan darah pada jam 10 pagi tadi didapati darah ayah stabil dan baik. Ayah memberitahu supaya semua ahli keluarga tidak perlu risau kerana kemasukan ayah ke Wad bukan sebab sakit tetapi hanya untuk pemantauan sahaja, kemasukan ayah selama 2 hari akan ditemani oleh anak bongsu kembar ayah. ikuti perkembangan dari masa ke semasa yang akan dibawa berkaitan rawatan ayah di blog ini dan gambar juga tidak dapat disiarkan kerana masalah format gambar dalam hp ayah tidak dapat dibaca oleh laptop ini.




disediakan oleh:

Ja & Joe

3 Responses to RUMAH SEMENTARA AYAH SEBELUM PEMBEDAHAN

  1. Ja & joe

    Dalam perubatan ada istilah “white coat” hypertension.

    “Exercise, anxiety, discomfort and unfamiliar surroundings can lead to a transient rise in blood pressure(BP). Sphygmomanometry, particularly when performed by a doctor, can cause an unrepresentative surge in BP which has been termed ‘white coat’ hypertension…”

    Selalunya tekanan darah akan turun bila diambil semula kat rumah. Risiko kepada penyakit kardiovaskular juga kurang berbanding dengan orang yang memang ada penyakit darah tinggi.

    insyaAllah semoga semua selamat.

     
  2. Didoakan agar ayah akan selamat dan kembali sihat.

     
  3. shamsuri Says:
  4. emm...
    Alhamdulillah ckit masa lagi doktor akan jadi ahli keluarga kita.
    pepn, moga ayahanda chat celalu...

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN