Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

HAMPIR SEJAM DI DALAM BILIK BEDAH SEBELUM DITANGGUHKAN

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, June 21, 2009
21 JUN, selepas dua hari ayah dimasukkan kedalam wad, hari ini satu pembedahan yang dijadualkan sepatutnya telah selesai. Tetapi takdir telah menentukan,apabila hampir sejam ayah dimasukkan ke dewan bedah didapati darah ayah mula meningkat naik sehingga mencecah paras 217. oleh kerana itu, pihak doktor yang akan menjalankan pembedahan terpaksa menangguhkan kembali pembedahan tersebut. Hal ini berlaku saat akhir sebelum menjalankan walaupun ayah telah disapu ubat untuk pembedahan pada mata dan sekitarnya.

ikuti laporan yang disediakan:

Sabtu (hari ke2 diwad)

Diringkaska cerita, ayah pada hari ini telah diberikan ubat mengikut jadual dan pemeriksaan telah dijalankan. perkembangan positif apabila dimaklumkan darah ayah dalam keadaan baik apabila mencapai paras 145. Aktiviti ayah seperti biasa dan rehat ayah pun dijaga bagi memastikan kesihatan ayah terkawal. dibawah ini sedikit gambar yang sempat dirakam...
Sebelah kiri ja menemani ayah sesama merawat lelah tapi yang mana sakit dalam gambar tu..hehehe. dan gambar kanan menunjukkan suasana didalam wad.
lawatan dari kampung dan yang sebelah kiri ni bukan pesakit tapi testing katil jap masa ayah pergi tandas sambil bergaya dengan harakah

Ahad ( hari dijadualkan pembedahan)

Malam ahad: satu sesi taklimat telah dibuat secara beramai-ramai yang berjumlah 14 orang pesakit berkaitan pembedahan. antara perkara yang disebut seperti persiapan pembedahan, semasa pembedahan dan cara-cara untuk menjaga selepas pembedahan sebelum pulih sepenuhnya. 2 orang doktor bedah akan menjalankan pembedahan dan ayah adalah orang kedua akan dipanggil. Ayah tidur awal pada malam itu bagi memastikan tidur yang cukup.

5.50 pagi : bangun dan solat subuh

6.15 pagi : sarapan pagi ayah lebih awal hari ini kerana pembedahan akan bermula seawal jam 7.30 pagi untuk panggilan pertama.

7.30 pagi : ayah telah diberikan ubat pada mata dan ubat untuk menurunkan darah kerana didapati pagi itu darah ayah meninggkat kepada 190.

gambar kiri: ayah menyedut ubat lelah untuk mengurangkannya. dan kanan doktor memasukkan jarum ditangan ayah

8.00pg : ayah diberikan baju salinan seperti baju, seluar dan topi dan dibuang semua barang-barang lain. ketibaan Mek, Dah dan Haikal

ayah dipakaikan baju pembedahan sebelum memasuki bilik bedah

8.40pg : ayah dibawa dengan kerusi roda oleh nurse ke dewan bedah dan di buat semakan darah terakhir sebelum keluar wad. tetapi darah ayah naik sehingga 217. dengan lengkap baju untuk kedewan bedah, ayah terpaksa kembali ke katil dan diberikan ubat dan rehat sehingga ayah tertidur.
ayah dibawa oleh doktor dengan kerusi roda untuk ke bilik bedah, gambar kanan ayah diberi rehat selepas didapati darah ayah kembali naik

10.00pg : Doktor cek darah ayah dan telah turun kepada 167. ayah dibenarkan untuk menjalankan pembedahan.

10.35pg : Ayah dibawa sekali lagi ke bilik bedah dengan kerusi roda untuk menjalankan pembedahan.

11.25 pg : Faizul yang menanti pada masa itu di pintu wad ayah (yang lain tidak boleh masuk kerana bukan waktu melawat) melihat kehadiran ayah dengan keadaan mata tidak berbalut. bila di tanya, didapati ayah terpaksa menangguhkan pembedahan kerana darah ayah naik sehingga 217. ayah yang masih merah dan sedikit bengkak pada matanya kesan dari ubat sebelum pembedahan direhatkan kembali ke katil. Ayah tetap diberikan semangat oleh ahli keluarga dan rakan-rakan wad sekitar untuk menasihati ayah. kini ayah akan meneruskan untuk tinggal di wad sehingga pembedahan akan dilakukan pada hari selasa (23 JUN). Apapun ayah tetap bersemangat dan sabar menanti, kata ayah mungkin hari ini bukan lagi hari ayah untuk buat pembedahan kerana Allah telah menetapkan harinya untuk ayah.


Disediakan oleh:

Ja & joe

0 Responses to HAMPIR SEJAM DI DALAM BILIK BEDAH SEBELUM DITANGGUHKAN

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN