Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Hadiah Buat Ayahanda Dan Bonda

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Monday, June 1, 2009
Bismillah..

Ya ALLAH, terima kasih kerana menganugerahi kami seorang ibu dan ayah yang terbaik buatku dan kami sekeluarga. Alhamdulillah aku sungguh bahagia sepanjang hidupku bersama seorang ayah yang sangat tabah dan ibu yang sangat penyayang. Semoga kami punya kesempatan untuk membahagiakan kedua ibu bapaku dengan melihat kejayaanku menggapai cita-cita dan harapan mereka.Aminn..Aku mohon padaMu ya ALLAH tiada lain yang aku pinta selain keredhaanMu dan rahmatMu ke atas ayahku dan emakku..Kau kasihanilah mereka ya ALLAH seperti mana mereka mengasihani kami anak2 mereka.. Alhamdulillah kami sungguh bahagia ya ALLAH..Setelah begitu banyak pengorbanan mereka pada kami sekeluarga, hanya Kau sahaja ya rabbi yang dapat membalasnya..sungguh aku sangat menyayangi ayah dan ibuku!!

Ayahanda & bonda,
Dirimu ibarat obor yang menerangi hidupku,
Kasihmu ayah ibarat salju yang menyelimuti diriku
Ketabahanmu ayah menjadi inspirasi buatku
Kekuatan dirimu membuatku terus berusaha memperjuangkan nasibku

Ayahanda & bonda,
Masihku ingat lagi sewaktu kecil dahulu
Kau pulang dari kerja dengan keringat masih mengalir di pipimu
Kami anak-anakmu sedikit tidak memahami dirimu
Kami bising dan langsung tidak mempedulikan dirimu
Namun ayah, sedikit pun tidak kau marah pada kami
Hanya mak dengan kelembutan seorang ibu
Menasihati kami dan menenangkan dirimu

Ayahanda & bonda,
Kami nakal!kami selalu menyusahkanmu!
Kami selalu membuatmu kecewa!
kami tidak hargai pengorbananmu!
Kami merajuk!kami memberontak kepadamu!
Ampunkan dosa-dosa kami ayah
Andai pernah terguris hatimu kerana kami
Bimbinglah kami menjadi anak yang soleh dan solehah
Yang membahagiakan dan menyenangkan hati emak dan ayah

Ayahanda & bonda,
Walau perit bagaimana sekalipun penderitaanmu
Tidak pernah sekali kau pamerkan di hadapan kami
Segalanya tersembunyi di sebalik senyummu
Namun kutahu berbagai masalah menimpun di benakmu
Segalanya kau hadapi dengan tenang dan sabar
Katamu ayah dengan bersabar segalanya pasti mudah
Yakin pada ALLAH dan berserah segala kepadaNya
Kerana itu kusangat mengagumi dirimu ayahku
Kata-katamu menjadi pendorong buatku

Ayahanda & bonda,
Sewaktu kau menerima khabar gembira dariku
Sungguh ku tak sangka mengalir air mata di wajahmu
Diriku kau dakap erat sambil mulutmu
tak putus2 mengucapkan rasa syukur
Andai dapatku putarkan waktu
Pasti ku tak ingin ianya berlalu
Kerana sungguh ku gembira kerana dapat membahagiakanmu
Walaupun kutahu itu tidak cukup untuk membalas
Segala pengorbanan dan kasih sayangmu.

Ayahanda & bonda,
Kini dirimu semakin lanjut dimamah usia
Urat-urat di tanganmu semakin jelas menampakkan rupa
Namun ketenangan di wajahmu tidak pernah berubah
Masih murah dirimu dengan senyum dan tawa
Kata-kata semangat dan nasihat tidak jemu kau tuturkan
Buat panduanku menempuh perjalanan di masa muka
Pasti tidak akan kulupa malah akan tersemat erat di dada

Ayahanda & bonda,
Walau jarak yang memisahkan kita
Namun kasih dan sayangku padamu takkan pudar ditelan waktu
Ingatanku padamu sentiasa bermain di benak fikiranku
Melambai-lambai mengajak diriku bermain dengan rindu
Setiap detik ku hitung waktu menanti saat kita bertemu
Sungguh ku amat merinduimu wahai ayahku
Merindui gurau senda tika melayani kerenah kami anak-anakmu

Ayahanda & bonda,
Aku berjanji padamu,
Kejayaan pasti kugapai untuk kuhadiahkan kepadamu
Ku ingin sekali lagi melihat air mata kegembiraanmu
Menitis membasahi embun di kepalaku
Segala kepayahan pasti kulawan dengan jitu
Takkan sedikit pun melemahkan semangatku
Agama dan akhlak pasti kujunjung tinggi
Sebagai pedoman walau ke mana aku pergi
Jua sebagai tanda pesanamu tidak kulontar jauh ke tepi

YA Rabbi,
Berkatilah dan rahmatilah emak dan ayahku
Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku
Tabahkanlah hati mereka dalam menjalani kehidupanMu
Jangan pernah Engkau biarkan mereka disakiti olehku
Setelah begitu besar pengorbanan mereka buatku
Namun aku bersyukur kepadaMu
Kerana mengurniakan aku seorang ayah dan ibu
Yang telah mendidikku menuju jalan menggapai cintaMu
Oleh itu hanya padaMu dapat Ku berharap
Untuk membalas ihsan mereka, emak dan ayahku..
Aminn ya rabbal ‘alamin..

Aminn..semoga doaku ini adalah doa dari anak yang solehah.
Ya ALLAH begitu besar pengorbanan ayah dan emak buat kami. Terima kasih ayah dan emak. Sungguh takkan dapat kubalas sehingga akhir hayatku.

Pesanan mu ayah dan emak pasti kugenggam erat sebagai pakaianku menjalani kehidupan yang jauh dari keluarga.Wahai angin sampaikan salam rinduku pada keluargaku.walaupun kami berjauhan di pandangan mata namun jangan Kau biarkan hati kami jauh untuk mengingati antara kami, ya Allah. Semoga keluargaku sentiasa dalam pemerhatian dan perlindungan dariMu..aminnn

Oleh:-

Anakanda dr Johor..

2 Responses to Hadiah Buat Ayahanda Dan Bonda

  1. Bangga Mek & Ayah di kampung coz San mampu berjaya dalam akademik.

     
  2. Hulubalang Says:
  3. Alhamdulillah, InsyaAllah. sama2 kita gembirakan hati mak ayah..

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN