Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

MINGGU KE-3 KURSUS INDUKSI UMUM DI AKMAL

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, June 27, 2009
Selepas tiga minggu berkurusus di AKMAL Melaka, Akhirnya kursus tersebut telah berakhir pada 26/6/09. Pelbagai ilmu yang diperolehi, pelbagai kenangan yang dapat dicoretkan dan pelbagai kawan yang diperolehi. Pendek kata...macam-macam ada...

Di sini kas nak cerita pada minggu ke-3 (21 - 26 Jun 2009). Dalam minggu ke tiga ni pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti berikut:-

A) PEMBENTANGAN KUMPULAN



Setiap kumpulan diwajidkan membuat pembentangan mengenai tajuk yang telah diberikan. Kumpulan Kas yang dikenali sebagai kumpulan Helang Putih telah membentangkan tajuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Kas dipertanggungjawab untuk membuat slide presentation tersebut dan ditugaskan untuk membentangkan slide ke-2 iaitu menbaca tajuk tugasan dan skop pembentangan. Setiap ahli kumpulan memberikan komitmen yang tinggi dan setiap org ditugaskan untuk membentangkan satu slide. Pelbagai kreativiti dan idea yang ditonjolkan oleh semua kumpulan-kumpulan yang terlibat.

B) PEPERIKSAAN JPA - KURSUS INDUKSI

Pada pagi 25 Jun 2009 (Khamis), Ujian Akhir Kursus Induksi Umum telah diadakan. Soalan tersebut disediakan oleh pihak JPA. Setiap peserta kursus diwajibkan lulus dalam ujian tersebut bagi pengesahan jawatan. Ada soalan objektif dan soalan esei. Dipendekkan cerita.... bagi memastikan kas dapat jawab dengan baik..maka bantuan toyol-toyol digunakan. Mujurlah pensyarah-pensyarah sporting tahap Altromen. Akhirnya kas dan kawan-kawan yang lain dapat jawab dengan baik. Harap-harap semuanya lulus dalam exam ni.

C) MAJLIS PENUTUP

Hari terakhir 26 Jun 2009 (Jumaat) dilaksanakan majlis penutupan kursus induksi umum siri 2/2009. Akhirnya masa berlalu depan cepat sahaja...rupa-rupanya dah berkahir kursus ni selepas 3 minggu. Dalam majlis penutupan ini, pemberian hadiah kepada barisan exco, pengucapan awam terbaik dan peserta yang cemerlang dalam exam pasca. Kas jugak tak dapat hadiah coz tak tergolong dalam golongan yang bertuah :) maybe next time kot...

Alhamdulillah, maka berakhirlah cerita Kursus Induksi Umum. Yang pasti seminggu lagi Kursus Induksi Asas akan melanda hidup kas.

Disediakan oleh:
Mohd Kasturi

0 Responses to MINGGU KE-3 KURSUS INDUKSI UMUM DI AKMAL

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN