Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 3)

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Tuesday, June 30, 2009

Jumpa lagi dalam siri ke 3 Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung. Untuk kali ini, satu cerita yang istimewa akan disiarkan yang memang buat keluarga yang membacanya tidak senang duduk kalau tidak sempat untuk pulang ke kampung pada masa ini. Ia tidak lain dan tidak bukan, satu musim yang dinantikan telah tiba. Banyak kisah suka duka untuk dikongsi bersama. Jadi, bermulalah cerita…

KEHANGATAN MUSIM DURIAN KIAN TERASA

Sebelum meneruskan cerita, beberapa minggu lepas lagi satu operasi telah dibuat pada peringkat awal bagi menyambut musim durian. Mek, Ja dan Jo yang cukup lengkap dengan parang, golok, gergaji, tukul dan paku bersiap sedia ke kebun durian untuk membuat jambatan sebagai laluan utama ke kebun melalui jalan kaki. Tiga batang pokok pinang telah ditebang dan telah siap dua jambatan iaitu jambatan panjang dan pendek.


DANGA DUA TINGKAT TELAH DIBINA

Pada peringkat awal, durian mula luruh beberapa biji sehari Mek mula merancang untuk menyegerakan membina danga untuk menjadikan tempat berkumpul dan makan durian di kebun. Apa yang menarik pada danga ini, Mek telah merancang untuk membina danga dua tingkat dan dibuat lereng bukit, jangan ingat rumah je tau boleh buat dua tingkat hehehe. Hal ini dibuat kerana mungkin pada malam boleh jika sesiapa yang hendak merasai tidur semalam di dalam kebun sambil menunggu durian luruh. Jika dikenang kembali sejarah keluarga kita, lebih 10 tahun dulu Danga dua tingkat pernah dibina di tengah-tengah dusun durian.

Kami pun bersiap-siap dengan segala senjata dan kelengkapan penting untuk masuk ke hutan mencari kayu yang diperlukan. Disebabkan Danga yang ini dibuat dua tingkat, kayu yang banyak dan kuat sangat penting. Operasi ini sempat dirakam oleh penerbit.

Setelah penebangan kayu selesai, maka kayu pun diangkut dengan land rover dan dengan laluan yang mencabar apabil terpaksa memanjat bukit yang tinggi, kami pun Berjaya mengangkat kayu ke tebing bukit. Ikuti cabaran dan kesukaran untuk memastikan kayu sampai ditapak pembinaan iaitu di lereng bukit. Satu jambatan telah dibuat diantara tebing bukit dengan land rover untuk mangangkut kayu.


Agenda seterusnya, dengan bantuan Abang Nik (suami Kak mah), seorang pekerja dan keluarga pembinanaan pun bermula ditapak yang dipersetujui..

terus membina lagi..



Jadi, terbinalah sebuah banglo dua tingkat yang boleh diduduki untuk menunggu durian luruh dan semestinya menjadi tempat untuk makan durian yang baru luruh dan masih segar lagi. Lepas itu pulak nak cerita pula hal si durian pula.

Peringkat awal durian luruh dia akan melalui proses membuang buruk iaitu kebanyak durian yang luruh pada peringkat ini tidak sempurna. Antara yang luruh peringkat awal seperti durian yang telah dimakan tupai, durian dimakan ulat dan lain-lain. Selepas beberapa hari baru lah durian yang baik akan luruh. Masa duk khusyuk buat danga ada juga durian yang luruh. Tengok la muka-muka orang yang seronok duk bermain dengan durian.


Tetapi dalam banyak-banyak pokok ada la juga yang patah dahan kerana angin ribut dan dahan tidak mampu manampung buah yang banyak. Kes yang paling berat berlaku adalah dimana lebih 80 biji buah durian bertaburan kerana dahannya patah. Jadi, sape-sape yang suka makan buah tidak masak boleh la ambil makan buat pengat pun jadi…



Buat masa ini, lebih 20 biji sehari telah luruh. Itupun baru 4 pohon yang baru mula luruh. Mungkin banyak lagi gambar-gambar yang akan disiarkan dari masa ke semasa. Wasalam..

2 Responses to Menjenguk Aktiviti Rumah Kampung (siri 3)

  1. teha Says:
  2. banyoknyo duyan duyan..bagila sikik, sikiiik jah, xbanyok takpo, asa banyok sikik jah,hehehe

     
  3. faizul Says:
  4. haa. dah timbul pun budak kecil ni... dapat makan duyan tu jangan sampai berasap sudah la tau..hehehe

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN