Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

WE LOVE TOK GURU

BlogMalaysia.com

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

KHIDMAT MASYARAKAT & FILEM 3D

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Saturday, June 13, 2009
Pada 13 Jun 2009 (Sabtu), Khidmat Masyarakat untuk peserta kursus Induksi telah dilakukan di Kampung Bidara di bawah Adun Tanjung Bidara Masjid Tanah. Program khidmat masyarkat ini lebih menjurus kepada aktiviti gotong royong kawasan masjid, kubur dan pantai. Program ini dirasmikan oleh YB Adun kawasan ini.

Aktiviti gotong royong di buat di kampung ini kerana pada malam 13 Jun 2009, kerajaan negeri melaka mengadakan majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri. Bagi memastikan aktiviti gotong royong berjaya dilaksanakan, maka peserta kursus dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pantai, kumpulan kubur dan kumpulan masjid. Kas tergolong dalam kumpulan masjid yang perlu membuat banyak kerja antaranya menanam pokok bunga di sekitar kawasan masjid, menyusun kerusi dan meja untuk majlis tilawah, mengecat bata dan membersihkan di dalam masjid.
Selepas majlis gotong royong selesai dalam jam 11.15pagi. Maka peserta kursus di bawa ke Kompleks Falaks Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Majid Tanah, Melaka. Di sini kami di bawa ke audotirium yang menempatkan sejarah-sejarah mengenai alam planet. Kemudian, kami di bawa menonton Filem pendek 3D dengan menggunakan cermin mata 3D. Jadi semua peserta dikehendaki memakai cermin mata 3D yang berwarna hitam. Filem yang ditayangkan adalah berkisar tentang kepupusan haiwan di muka bumi ini. Bila tengok filem 3D ni, ibarat kita berada di dalam filem tu. Hebat tul... :)

Disediakan oleh: Mohd Kasturi

0 Responses to KHIDMAT MASYARAKAT & FILEM 3D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KAWAN-KAWAN