Tags:

DEMI MASA

KOLEKSI CERITA

AYAHANDA

AYAHANDA
HUSSIN BIN OMAR

BONDA

BONDA
HALIMAH BINTI ABDULLAH

ANAK BERANAK


WE LOVE TOK GURU

LOKASI ONLINE

Promosi Takaful

BLOG KAWAN

Pemimpin

MENJENGUK AKTIVITI KAMPUNG Siri 2

Disediakan Oleh: Keluarga Hussin dan Halimah Sunday, June 28, 2009

Siri menjeguk aktiviti di kampung pada kali ini akan membawa pembaca untuk menyelusuri beberapa lagi aktiviti yang telah dibuat kat kampung halaman. Walaupun pada kali ini, ayah banyak menghabiskan masa di hospital namun, aktiviti dikampung tetap rancak seperti biasa terutamanya semasa ayah pulang untuk beberapa hari.

Sebelum itu, ada sedikit cerita nak dikongsi bersama iaitu ayah sempat yang dibuat sebelum ayah masuk wad lepas. Disebabkan ayah dah tidak boleh lagi masuk kebun getah kerana semakin hampir untuk membuat rawatan di wad, ayah sempat menghadiahkan kepada ayam kampung peliharaannya serta puyuh satu laman yang baru dan luas dan siap boleh bersiar-siar di dalam taman tu. Taman yang lengkap dengan sebuah reban ayam dan merangkumi kawasan reban burung puyuh telah siap dibina dengan bantuan mek, Ja & Joe. Lihatlah, semangat ayah untuk membinanya sebelum meninggalkan untuk tinggal di hospital:


Hal puyuh ayah pula, kini puyuh ayah mula membuahkan hasilnya. Setiap hari hampir mencecah 20 biji telur sehari walaupun jumlah puyuh tidak begitu banyak. Setiap pagi ayah biasanya akan ke taman ayam yang dibina dan memberi makanan puyuh manakala sebelum magrib ayah akan mengutip telur puyuh untuk dimakan dan dikumpulkan. Tapi yang sedihnya, buat masa ini sebelum pembedahan ayah tidak boleh lagi memakan telur puyuh kerana dikatakan boleh manaikkan darah.




KAT MANA MEK PERGI

Jom kita jenguk apa yang mek biasa lakukan terutamanya pada waktu petang dan masa tidak ke kebun getah. Sebagaimana maklum, mek biasanya akan menguruskan lembu yang akan pulang ke kandangnya setiap petang. Apa yang menarik, lembu-lembu mek sangat mengenali suara mek bila dipanggil pada waktu petang sebelum malam. Dengan melaungkan perkataan “got” (bermakna masuk ke kandang) beberapa kali terus lembu-lembu menuju ke kandang tetapi bila Ja, Joe atau Ayah cuba untuk memanggil lembu ke kandang, bila laung suruh masuk kandang lembu yang dengar terus bertempiaran lari walau pada masa itu dah kat pintu kandang, mungkin tengok muka pun lembu takut..hehehe. Cuma untuk kali ini kami sempat pergi sekejap sambil membantu mek meragut rumput yang segar berdekatan tanaman ayah. Sebelum malam, kecuali makanan lembu (dedak), lembu biasanya dihidangkan dengan rumput-rumput yang segar. Supaya lembu pun sihat dan segar setiap hari.




JAMUAN HARI BAPA DAN HARI LAHIR AYAH

Bila melihat sambutan hari bapa pada kali ini sama tarikhnya dengan hari lahir ayah, kami pun cuba merancang satu sambutan yang ringkas dan sederhana. Dengan perancangan secara senyap kami beberapa orang, pada malam 14 JUN, Ja & Jo ditugaskan untuk mencari satey yang siap masak, Kamil pula bahagian sponser 2 ekor ayam dan Hamidah, kak Yatie dan Azi pula ditugaskan untuk membuat ayam Kentucky daripada ayam yang diberikan. Pada petang itu juga segalanya disiapkan sehingga malam. Jadi pada malam itu, kami pun makan lah beramai-ramai sambil meraikan hari lahir dan hari bapa ayah. Mek yang pada malam itu yang kurang sihat sejak petang lagi pun turut bersemangat untuk makan bersama sampai terlupa yang nasi pun tidak makan lagi. Hehehe




1 Response to MENJENGUK AKTIVITI KAMPUNG Siri 2

  1. Meriahnya.... abe jugak tak dapat joint.

     

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKLUMAN

Sekiranya display cerita hanya memaparkan satu / dua cerita sahaja, Para tetamu blog boleh menekan topik-topik yang berada di bawah ini untuk tatapan atau bacaan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

(masalah teknikal display/publishing ini tidak dapat diatasi walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Sekiranya mana-mana tetamu blog yang pakar dalam bab ni, bolehlah memberi cadangan penyelesaian melalui kotak borak-borak)

TAJUK & CERITA TERKINI

TABUNG KELUARGA


Komen Terkini

Get This Recent Comment Widget!

TENTANG KAMI

My photo
Keluarga Hussin dan Halimah, berasal di Kampung Btg.Gedik Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Ahli Keluarga terdiri daripada Hussin dan Halimah serta anak-anaknya seramai 10 orang (6 lelaki, 4 perempuan). Keluarga Hussin & Halimah merupakan sebuah keluarga yang besar yang dihiasi kegembiraan, keceriaan dan kejayaan serta keberkatan. Merupakan salah satu keluarga contoh di kampung tersebut.

HUSSIN & HALIMAH

HUSSIN & HALIMAH

KELUARGAKU

KELUARGAKU

KAWAN-KAWAN